Terima kasih kerana sudi menjenguk. :)

Thursday, May 3, 2012

Coretan Kata Hati

Kadang-kadang kata hati membuatkan kita berasa tidak tentu arah kerana kata hati selalunya bertentangan dengan apa yang akal kita katakan. Kata hati biasanya tidak dapat diluahkan apabila ia melibatkan perasaan terhadap orang lain. Kenapa, kenapa dan kenapa????hmmm..mungkin kerana kita tidak mahu digelar sebagai 'perasan' atau 'syok sendiri' kalau diluahkan. Lagipun, kadang-kadang berdiam diri lebih baik daripada memberi harapan kepada orang lain sedangkan kita sendiri pun masih tidak pasti akan perasaan kita sendiri. Anda rasa saya betul??hehe :D 

Pernah tak anda dengar 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'? Pepatah Melayu ni memang sangat betul kalau dikaji. Perasaan kita ni memang selalu berubah-ubah. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kita pandai mengawal apa yang kita rasa seperti kata hati kita. :) Jangan sampai kita melukakan hati orang lain dengan mengakui kita sayang pada mereka sedangkan anda belum betul-betul pasti apa yang anda rasa itu adalah perasaan sayang. Boleh jadi hanya perasaan suka atau minat dan belum sampai ke tahap untuk menyayangi mereka sehingga bersetuju untuk menjadi pasangan mereka. Bukan kita ingin menidakkan apa yang kata hati kita rasa tapi biarlah keputusan yang kita ambil adalah tepat. 

Kepada anda yang berada di luar sana, maafkan saya kiranya saya tidak dapat menerima HATI anda kerana saya belum bersedia walaupun kata hati saya betul-betul menginginkannya. Kalau ada jodoh takkan ke mana. :) Harap anda faham. Setakat ini sahaja coretan kata hati saya pada hari ni. Thanks sebab sudi baca. ^_^